Perlis is indeed very windy, very very veryyyyy windy. dari siang sampai ke malam hari berangin je memanjang. Teramatlah seronok dapat enjoy angin sepoi-sepoi bahasa. cuma waktu tengahari dia agak panas sedikit berbanding dengan waktu waktu lain dan petang pulak memang akan hujan. maka saya agak sedikit terkilan sebab tak bawa selipar jepun pegi bercuti bersama saya. ok takpe. Makanan kat Perlis memang sedap! SERIUS! berbaloi dengan harga yang dorang letak. Apa lagi? pergi la Perlis kalau nak bercuti ye. Cuma saya tak sempat nak ke Padang Besar sebab jauh bebeno (bajet tak cukup sebenarnye) orait. =)
The steamboat. Bak kata Jah, ni steamboat cara kampung,next time kalau berkesempatan dia bawak pegi makan steamboat moden. bezanya, yang cara kampung diorang pakai dapur arang. memang secara seriusnya bawah tu adalah arang dan kalau steamboat moden diorang pakai dapur gas kot rasanya. agak teruja or jakun jugakla. jah cakap takpe kita praktis dulu makan cara kampung sebelum masuk restoran moden.hoyehhh~~! U rock la jah!
steamboat arang kayu ke batu tak ingat. =)
(kat maktab Perlis)
Pehtu esok tu pulak pegi makan ikan bakaq. memang sedaaap dan harga pun murahhhh! sorang dalam RM 15. kitorang pergi semua sekali 5 orang. terima kasih kepada Jah dan kawan kawan rumahnya Sam, Ila dan Aishah. Tempat tu betul betul tepi laut. agak agak lepas makan nak mandi laut tu, haaa terjun je trus dari tebing tu. Menikmati makanan sambil dengar bunyi laut memang benda paling seronok dan mengujakan. rasa ala ala tenang pun ada jugak.kuantiti lauk yang diorang hidang sebenarnya agak banyak, berbaloi beno rasanya makan kat sini.well~~
lauk pauk yang lain; kerang,sotong tepung,kailan ikan masin.
tomyam dia is tomyam daging.sedap!!
(Kuala Perlis)
p/s: great companion, great food and great weather! what more can you ask for? =)
No comments:
Post a Comment