Links

Tuesday, September 7, 2010

kenapa ni?

Salam...

Minda masyarakat dunia sekarang ni tengah sakit. Bukannya sakit biasa yang boleh sembuh sedia kala macam tu je, tapi jenis sakit yang dah sampai tahap kronik kritikal dah. Anda semua tak rasa ke apa yang saya rasa? atau lebih tepat lagi pernah tak terfikirkan mengapa banyak sangat kes-kes kronik yang sedang berlaku tak kira la sama ada dalam negara sendiri atau negara luar sana.

Pelik...memang tersangat pelik. Tak sah kalau setiap hari tak dengar berita pasal kejadian yang kadang-kadang boleh dianggap macam 'beruk' contoh untuk definisi bunyi 'binatang' yang kedengarannya lagi 'violent' atau lebih mudah lagi takde akal. Yelah binatang mana ada akal untuk berfikir dengan waras. Bukan kata berfikir dengan waras je, nak fikir pun tak boleh.

Seperti kes terbaru yang di mana paderi ajak bakar Al-Quran beramai-ramai tu, haaaa contoh terbaik punya nak tunjuk jenis manusia yang ada akal tapi tak boleh berfikir dengan waras. Apatah lagi kalau kes-kes berat yang lain macam buang bayi, hina agama atau buat benda-benda yang boleh membawa kepada sensitiviti perkauman. Yang terang lagi nyata tu haa rejim zionis laknatullah yang memang terang-terang tengah melakukan aktiviti penghapusan kaum terhadap warga Islam Palestin kita tu. Disebut sebagai 'genocide' di mana penghapusan kaum besar-besaran dibuat oleh suatu kaum terhadap kaum yang lain. Kekejaman manusia terserlah di sini.

Lagi satu jenis orang yang perkauman ni, kenapa la mesti ada orang jenis ni? eh sungguh pelik beno rasanye orang macam ni. apa yang orang ni boleh dapat bila menghina-hina sesuatu kaum tu? bila dimaki, kalau kita maki balik bermakna kita pun berada pada tahap pemikiran yang sama macam orang yang memaki tersebut. tahap pemikiran yang rendah, terlalu rendah bagi seorang manusia normal untuk berfikir dengan waras. Apa yang boleh kita buat untuk sumbangkan sesuatu yang berharga kepada negara dan dunia ni? Ada cara?

p/s: When others enjoy living a life full of love and harmony, why can't you too live a life like those people?

No comments: