Links

Saturday, September 4, 2010

Dulu-dulu

Bismillah ir-rahman ir-rahim

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani



Masa sekolah dulu teringin beno rasanya nak masuk UIA yelah sebab nama pon University Islam Antarabangsa, jadi memang koman la masa tu kalau budak yg ada asas sekolah environment agama nak masuk jugak university yang memang basekan agama.

Lepas tu bila dah sekali apply, tak dapat dan kebetulan tak tahu menahu la pulak yang boleh buat rayuan mintak masuk. eh sebenarnya tahu kot masa tu, tapi agaknya tak reti nak buat application rayuan kat mana dan pada siapa, yelah kata jahil komputer nak buat macam mana.eh? yeke?. Jadi kononnya dah tak dapat tu kita pun bersabau jela.

Memangla sedih dan rasa malu jugak bila dah tak dapat tu jadi terima je terus tawaran mana yang mendatang. taknak pulak masuk uni awam lain ye? sombong betul.haha.

Tapi itulah dia, orang cakap setiap benda yang jadi tu ada hikmahnya, ya dan saya dah faham ayat ni sekarang. Masuk private uni, haaaaa hambik kau! terkejut beruk tengok dunia luar yang sebenarnya macam mana, maksud saya dari segi berpakaian, adab sopan, dari segi percakapan, dengan dari segi pemikiran pun lain. Ok bukan nak jadi berat sebelah la kat sini, cuma biasala setiap benda tu ada kebaikan dengan keburukannya bak kata orang sekarang ni apa? pros and cons? haaa tu la tu.

Terus terang cakap, ye dari aspek sosial tu memangla agak pelik sikit dan ada keburukan, tapi bila datang bab pelajaran atau pemikiran kritikal, wahhh boleh tahan! hebat jugak diorang ni. atau mungkin tak ada beza kot dari kedua dua aspek ni ngan budak uni awam.betul tak?

Dan dari sini jugakla kita belajar macam mana nak apply semua benda yang kita belajar pasal agama masa sekolah dulu untuk defend diri kita dari terjebak dengan benda benda yang kurang manis ni atau senang cakap benda yang boleh bawak kepada kemusnahan diri sendiri. Eh memang tough arrr wei, hati kena cekal beb! kalau tak say buhbye la.

baru lah mata hati nampak keadaan dunia sebenar sekarang ni! memang susah nak jaga diri dari segala segi terutama dari segi akhlak dengan tingkah laku. silap haribulan kalau iman tak kuat memang hancur semua benda yang dah ditanam dalam diri. Alhamdulillah bila dah nak senior kat sini, makin ramai kawan dari basic background agama yang kuat. Moga moga hati ini masih lagi cekal untuk menghadapi dunia ini yang penuh dengan pancaroba, dusta dan kotoran perbuatan manusia.Nauzubillah.



p/s: sama-sama lah kita wahai sahabatku.Amin ya Rabb~

-p/s: hasrat nak jejak kaki ke UIA tu timbul semula selepas diajak oleh salah seorang sahabat baik saya. Insya Allah.

1 comment:

beliamuda said...

mungkin tiada bezanya dengan uni awam, tapi biasanya memang uni private ni kebebasannya agak berbeza sikit.

~pelajar uni private jugak...