Links

Wednesday, February 15, 2012

Esok lebih baik.

Assalamualaikum,


Tadi for the first time in my life, saya berjaya siang sotong tanpa memecahkan dakwat hitam sotong tu! Alhamdulillah, one more step untuk pandai masak ni. hehe kejayaan yang boleh dikatakan membanggakan la jugak. =P

Kita selalu dengar phrase seperti "hari esok lebih baik dari hari ini" dan "towards a better tomorrow". Setiap orang mesti ada goal mereka tersendiri yang mahu dicapai sehari-hari, tak kisah la walau benda tu sebesar zarah pun tapi kalau dia dapat mencapai goalnya insyaAllah hari yang akan mendatang akan menjadi lebih baik untuk dirinya kan?

Bangun je Subuh, celik-celik mata, apa kata kita mulakan ucapan pertama yang keluar dari mulut kita adalah Alhamdulillah. Bersyukur sangat-sangat sebab Allah masih panjangkan umur kita supaya kita masih sempat lagi untuk bertaubat dan juga mengerjakan suruhanNya.
Lepas tu teruskanlah hari-hari anda semua dengan ucapan pertama sebelum membuat sesuatu pekerjaan tu seperti Bismillahirrahmanirrahim. Ha lepas tu selesai je buat sesuatu kerja tu ucap pula Alhamdulillah, syukur sebab dapat selesaikan tugasan ni.

Insyaallah hari-hari kalau dapat buat macam ni, memang akan melekat tabiat ni kat kita, bila nak mula kerja je baca Bismillah, kalau dah selesai je keja cakap Alhamdulillah. Sudahnya nanti,it'll be your second nature to do this maksudnya lama-lama kita dah biasakan diri kita buat macam ni, InsyaAllah perkataan tu dengan sendirinya keluar bila kita nak mula sesuatu dan bila kita dah habis buat sesuatu. So apa lagi? mulakanlah sekarang. =)

p/s: Apa goal anda untuk hari esok? 8-)

No comments: