Links

Tuesday, October 12, 2010

Tahukah anda?

Bismillah ir-Rahman ir-Rahim

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani


Dear brothers and sisters in Islam,

Assalamualaikum and a very good day to you and you. =D

translate bahasa la kejap. xD Selalunya sebelum tiap-tiap perkara yang kita mula atau kerjakan, sudah pasti kita mula dengan lafaz bismillah dan disertai dengan doa-doa.jadi saya ingin tahu jika saudara saudari sekalian ada apa-apa bacaan khas sebelum tidur? Kalau ada baguslah tapi kalau takde meh sini saya nak kongsi sikit doa yang kebiasaanya dibaca oleh saya sebelum tidur. Moga saudara saudari dapat sedikit manfaat dari sini. =)

Okay sebelum tidur saya pasti akan buat perkara berikut:
1. Cuci muka
2. Gosok gigi
3. Basuh kaki
4. Ambil wudhuk.

Terus terang saya cakap, kalau sebelum tidur tu keadaan diri saya ni tak bersih atau habuk melekat kat kaki atau badan melekit memang jangan haraplah nak letak badan atas katil.Sebabnya? saya geli takut kotor dan sudah pasti nak tidur dalam keadaan yang bersih. Tu satu, lepas tu ada sedikit doa yang selalu dibaca sebelum tidur ;

Amalan bacaan doa atau surah sebelum tidur:
1. Surah 3 qul --> Surah al-Ikhlas, Surah an-Nas, Surah al-Falaq.
2. Bismillahirrahmanirrahim -->21x , elak dari mati terkejut InsyaAllah.
3. Ayat Kursi -->3x ,lindung diri, lindung rumah, lindung 1 kampung/taman.
4. Al-Fatihah
5. Akhir sekali doa sebelum tidur dan mengiring ke sisi sebelah kanan semasa tidur.

Moga anda dapat manfaat dan amalkannya InsyaAllah kita sentiasa berada dalam lindungan Allah s.w.t. Amin Ya Rabbal 'Alamin.


p/s: nanti sy upload gmba raya. jadual kucar kacir sikit kebelakangan ni.

No comments: